Pasukan Pendayung JKR Sarawak 2012

JKR BOLEH!! Itulah laungan pasukan JKR Sarawak yang akan pertama kalinya menyertai Sarawak Regatta yang akan berlangsung pada 14-16 September 2012 ini di Tebingan Sungai Kuching (Kuching waterfront). JKR Sarawak akan mengambil bahagian dalam 5 kategori iaitu Bidar 20 (Agensi kerajaan), Bidar 30 A, Bidar 30 B, Bidar 20 dan Bidar 15. Semua dijemput datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada pasukan JKR Sarawak.