Kempen Rayuan Hari Pahlawan 2012 Kutipan Derma Di Pejabat/Jabatan


Sarawak Rangers Veteran Association
Persatuan Veteran Sarawak Renjers
(SRVA)

          Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa kutipan derma bagi mengisi TABUNG RAYUAN HARI PAHLAWAN (RHP) dijalankan setiap tahun. Bagi tahun 2012, kutipan akan bermula dari 15 Julai 2012 sehingga 15 Oktober 2012.
          Sebagaimana yang diketahui umum, rakyat Malaysia sewajarnaya berbangga dapat menjalani kehidupan yang aman dan harmoni serta bebas mencari rezeki di bumi bertuah ini. Suasana sebegini merupakan hasil daripada pengorbanan dan perjuangan anggota Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara. Sebagai warganegara, kita harus mengisafi dan menghayati bahawa keamanan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini telah melalui proses PERJUANGAN, PEJUANGAN NYAWA dan HARTA BENDA yang telah ditempuhi oleh anggota tentera kita. Itulah bakti murni mereka yang tidak ternilai harganya.

          Sukacita dimaklumkan bahawa Sarawak Rangers Veteran Association (SRVA) akan mengadakan kutipan derma bagi mengisi Tabung Rayuan Hari Pahlawan (RHP) di Jabatan Kerja Raya Sarawak pada 26 September 2012.
          Oleh yang demikian setiap cawangan di Ibu Pejabat diminta untuk memberi sumbangan ikhlas kepada persatuan tersebut.  Sumbangan anda boleh diserahkan kepada En. Dicky Jelo (Unit Korporat Komunikasi).  Bagi setiap JKR Bahagian dan Pejabat Wilayah pula sumbangan anda bolehlah di “bank in” kepada Public Bank di No. Akaun 3080846019.  Setelah “bank in” slip tersebut hendaklah di fax kan kepada Unit Korporat Komunikasi di fax no. 082-259858 bagi tujuan rekod.  Tarikh akhir untuk penyerahan sumbangan tersebut adalah pada atau sebelum 25.09.2012.
          Untuk makluman tuan/puan duit sumbangan tersebut akan diserahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Korporat), En. Danien Rangu pada 26 September 2012 jam 8.30 pagi di pejabat beliau.
            Setiap sumbangan anda amatlah kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.


"PAHLAWAN PERKASA RAKYAT SEJAHTERA"