Kelas Tarian Poco-Poco 1 JKR & Kelas Tarian Cha Cha 1 Malaysia

Kepada Semua Ahli Kelab Sosial JKR Sarawak;-
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sosial JKR Sarawak akan mengadakan Kelas Tarian Poco-Poco 1 JKR dan Kelas Tarian Cha Cha 1 Malaysia.
Kelas-kelas tarian tersebut adalah PERCUMA!
Tiada bayaran Kemasukan dan Tiada yuran bulanan!
Kelas tarian tersebut akan di bimbing oleh Setiausaha Kehormat Kelab Sosial JKR Sarawak. Ahli Kelab yang berminat untuk belajar tersebut sila mengisi borang kemasukan untuk tujuan rekod yang boleh didapati dari Cawangan Komunikasi Korporat, Tingkat 7, Wisma Saberkas, Kuching. Borang tersebut juga boleh dimuat turun dari Facebook jabatan (Corporate Communication JKR Sarawak), Laman sesawang JKR Sarawak (www.jkr.sarawak.gov.my) serta blog Komunikasi Korporat (www.jkrsarawak.blogsport.com). Tarikh tutup penerimaan borang adalah 9hb Mei 2012 (Rabu). Jika ada sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-

Encik Kenneth Jenner Amen 082-203348/019-3891517
Puan Irma Fatima 082-203349/013-8251515
Cik Nur Azmira 082-203348/010-3808927